Of Numericals and Principles
The Ideal Muslim Marriage (Nikhah) ᴴᴰ ┇ Must Watch ┇ by Mufti Ismail Men...
Wednesday, November 25, 2015 • 4:20 AM • 0 comments


S: Sekmuuuu!
Tuesday, March 17, 2015 • 9:38 AM • 0 comments

Gegurls! Lamo blog ni tok update. Just a quick thing i wanna say that i am so freaking busy as i am approaching my mid semester break this Friday, hence so many exams i have to face! Wish me luck! I hope i can survive lol.

Btw ehem an announcement is to be made here.

*clears throat*

No, not gewe nor marriage haha. Ni tengoh online paka iPhone baru hehehehe. Meme supo sebijik nga hok lamo: 4S, putih, cuma 32gb. The old one 16gb. Ha buleh la kito selfie bbanyok tanpa risau memory penuh nati muahaha. The old one paka 3 tahun doh so beli baru la pulok. Bateri jeng sokmo hok lamo. Price? RM738 muroh kei muroh kei ikr *flips hijaab* brand new, buke refurbished. Siap ado warranty.

One thing about iPhone is it is not lagging. Nok hang tu meme payoh ah, jare sungguh, app crash pun gitu. Tetibo ngepeng iPong haha kbyee see you people pretty soon inshaAllah kalu muroh rezeki.

P/s: ado ko ore baco anyway? Lulz

Labels: , ,


Kasih Ibu
Wednesday, September 3, 2014 • 10:39 PM • 0 comments

Dulu, mase skola..Ummi sering compare aku dgn spupu2..Like, spupu aku yg ni bijak la, spupu aku yg tu rajin la..Pastu makcik ngan pakcik aku pom suka puji ank2 dyaorang..Beza dgn ummi aku..Seriuos, ummi aku xpernah puji anak2 dia dpan org..Ummi slalu ckap kat org yg ank dia ni banyak mkan vitamin M a.k.a malas (tapi mmg btol pom..haha dulu k..skrg da rajin sikkitt..haha) Pastu bile kwan2 dy kat skola duk crite sal ank2..Especially sal ank2 dyorg yg sebaya ngan aku da ade calon suami..Then my ummi ckap la kat kwan2 dia yg ank dia xde calon lg sbb xde org nak..(pdhal ank dia hot setuf ape, saadah said..not me..haha) But ekceli i don't take it as a serious issue pom tapi yelaa sometimes it make me feel down and ase xconfident je na berdepan dgn org..tp aku buat2 confident je..hahaha

Tu alkisah cerita dahulu kala la..di zaman aku xboleh berfikir secara rasional lagi..haha mse tu ak tertanya2 kot..knapa ummi buat aku mcm tu? Xsayang aku ke? Tapi bila aku kian membesar, aku mula sedar..cume xbrape fham je lagi..Dan semalam ummi clear kn everything depan aku sndiri..aku menangis kot..huhu eh, tak! Bukan nangis..menitikkan air mata je..touching uolz..hahaha

Ni yang ummi bgtahu ak smlam..
1) ummi xprnah puji ank2 dia dpn org sbb ummi xnak ank dia jd manggoks a.k.a bangga diri riak takbur dan semua la..bile aku fikir2 blik betul gak..dan cra ummi tu mmbntuk aku scra xlangsung..ekceli laa..like aku jadi lebih suka bcakap dgn org2 yg lebih susah dari aku..aku lebih cnderung na bckap dgn makcik2..huhu sbb ummi kata biar xcntik dari segi rupa paras asalkan cntik dalaman kita which is budi bhase perilaku kite..
2) aku ckap la kat ummi, org laen kalo ank prempuan sorang msti manje habis la..ni ummi hntran pom na mnx rm1k jer..nmpak sgt xsyang ank..haha ak xmksud pape pom ekceli..cume saje je na tahu knape..ummi pom bgtaw la..dia xnk susahkan pihak lelaki..kite senangkan org, inshaAllah Allah akn snangkan kite nnty..plus suami aku akn jd mnantu dia jgak nnti..dia nak suami ak selesa ngan kluarga kami dan sayang ummi aku mcm mak dy sdiri..dan ummi aku harap kluarga sbelah suami ak pom lyan aku mcm aku ni ank diaorg jgak..lpastu ummi ckap andaila andaila kn aku mlas na blik umah mertua aku..ummi la akan jd org pertama yg akan menyerang aku dgn 'kelepek pedas' beliau yg berbakul-bakul tu..hahaha
3) ummi ckap ank2 mmg xkn tahu perasaan mak2 slagi dia xjd mak..smalam ummi bgthu aku yg ummi slalu berdoa dan buat solat hajat utk anak2 dia..salah satu doa ummi yg dia xpernah miss ialah spya aku dpat jodoh dgn org baek2 dan org kelantan..haha ummi ckap dia xnak mntak ape2 pom dri suami aku nnti..cume ummi na mntak dia sayang aku jaga aku mcmmne ummi abah adik2 ak syg dan jga aku..aku touching berlapis2 kot mase tu..huhu mse ni la air mata aku bercurah-curah turun meniti pipiku yang maken membullat ni..haha

Akhir skali..sepkito 4ore jangey pecoh..hahaha dopla..aku cume na pesan jgan sesekali derhaka ko mok kito des..janji tuh! Dy wat gapo2 tuu semua tuk kito..kito ja xsedar..sobks33 ummi, kak dah sayang ummi sgt2..huhu ni xnak pi shah alam ni..na duk rumah lagi..homesick da eh..hokk alof la..T.T

Labels:


Saat Lafaz Sakinah..:)
Tuesday, September 2, 2014 • 12:12 PM • 1 comments


Jodoh itu milik dan rahsia ALLAH. Tiada lafaz cinta melainkan mendahuluinya dengan Lafaz Akad Nikah. Dan apabila dua hati bertemu atas satu matlamat kerana ALLAH. Ya, itulah kebahagiaan yang sebenarnya. Jika diberi pilihan antara Syurga dan Neraka. Pastinya Syurga pilihan kita kan. Begitu juga antara cinta ILLAHI dan cinta nafsu. Biarlah cinta dari ILLAHI menjadi pilihan kita semua. Tiada yang lebih indah daripada mendapat redha ALLAH. Seindah apapun sesuatu itu dalam pandangan manusia, tanpa redha ALLAH ia hanyalah sia-sia. 

Far-East- Saat Lafaz Sakinah
Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya



Dulu esakannya sandar di bahuku

Tangisannya kini ku serah padamu

Bukan bermakna dia bukan milikku

Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu


*ni lagu Far-East- Saat Lafaz Sakinah, nanty download dengar ea..heeee :)

Labels:


UNSUR ALAM YANG MELAMBANGKAN DIRI KITA :)
Monday, September 1, 2014 • 9:59 PM • 0 comments

TANAH 
Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

API
Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.
 
ANGIN
Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

AIR 
Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

Labels:


APE ITU YANG DIKATAKAN CINTA, SAYANG, SUKA DAN MINAT??
• 9:26 PM • 0 comments

oke..meh kite beramai-ramai tengok perbezaannye..heeee

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu..renung-renungkan dan selamat berfikir..heee:)

Labels:


RAHSIA DIRI MELALUI PERCUTIAN
• 8:59 PM • 0 comments

PULAU

Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan! Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

> Percintaan
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.



BANDAR-BANDAR BESAR

Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan yang memuaskan dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu itu.

Personaliti
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros!.

Percintaan
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.



TAMAN TEMA

Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak.tapi tidak kurang juga, ada segelintir goilongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.


BANDAR / KOTA BERSEJARAH 

Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Contohnya Melaka, pasti kita akan kagum dengan pengorbana yang telah dilaburkan. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti
Individu yang gemar bercuti tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar di tafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan,mereka lebih gemar berpakaian ringkas dan sempoi contohnya seluar besar, baju besar, beg besar dan bersandal nipis. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukaruntuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.


GUNUNG-GANANG

Mendaki gunung, berekspedisi dan menhabiskan masa di kawasa hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat denga aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menhabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali

Labels:




Welcome to our blog . Please navigate around happily. And follow us if you like to ;> Don't forget to leave your footsteps so we can visit you back ;3

Diary About Link Stuff



Shoutbox


Template By: Umi Humaira
Big helped: Wana
Owner: Saadah, Midah, Kak Yah, Tihah